Monday, 14 January 2013

meng"CREPE"


Assalamualaikum.......
Aritu saya terlebih rajin, so ni lar yang saya buat malam2 buta huhuhuhuhu. actually this is for my niece besday, bukan tuk dia pun tuk mak n family dia huhuhuhuhu.







Resepi ni saya dapat dari http://spicesjourney.blogspot.com tuk crepe ni. Terima Kasih coz syer resepi yg malatop nih huhuhuhuh. Sangat senang n sedappppppppppppppppp. cuba lar ya. <3 <3:)

Tuesday, 25 December 2012

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
 
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala
 
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
 
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
 
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
 
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Monday, 3 December 2012

8 Tips Untuk Melahirkan Anak Soleh

Assalamualaikum......
Semoga Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh & solehah. aminnn......
  
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.
 
Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
 
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
 
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
 
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
 
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
 
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
 
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
 
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Sunday, 2 December 2012

oUr BiG dAy CeLeBrAtIoN.......huhuhuhu

Assalamualaikum.....
Rase cepat betul masa berlalu, rase macam baru sangat kami kawin tapi tup2 dah 2tahun huhuhuhu. Setiap hari-hari yang kami lalui sungguh indah dan bermacam2 yang telah kami lalui. Semoga kami diberi ketabahan, kebahagiaan, kesabaran & segala yang terbaik untuk perkahwinan & kehidupan kami dunia dan akhirat. Kami selebrate advance 1 hari huhuhuhu. Thank you so much abg coz sabar melayan kerenah isteri abg yg cerewet ni. sayang syg abg sangat2:) <3
 



 

 
Flowers for me from him:)

TQ & LOVE U SO MUCH MY HEART:)
 



 

 



Tuesday, 27 November 2012

Counting.....tHe DaTe

Assalamualaikum...
Ble baca tang tajuk tu cam counting pe jer kan huhuhuuh.. Tapi sebenarnya usia perkahwinan kami dah menjangkau ke 2 tahun. Today 28/11/2012 just around the corner to our anniversary date 3/12/2012. cepatnyer masa berlalu,rase macam baru jer kami kahwin hihiihihi. Oh i miss the moment  get nervous when "akad nikah" nak dijalankan. so nervous kot coz tkut my hubby gugup huhu. Tapi on that time syukur dia lafaz 1x jer & laju mcm keretapi hihihi. Sampai I pn xsdar yang akad tu dah selesai hihihihi

 
The moment of truth.....3/12/2010
 
Sah!!!!

Aku Bersyukur padaMU Ya Allah:)..



 
4/12/2010
 


 
 
 Alhamdulillah & sangat bersyukur dengan limpah kurniaNYA atas segala kebahagiaan, keselesaan, kesihatan,kejayaan, keserasian & segala Rezeki yang Allah beri pada kami & keluarga kami. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan walau kami belum dikurniakan rezeki anak tapi kami yakin yang setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kami & keluarga kami. Semoga perkahwinan yang kami bina akan terus kekal hingga ke Jannah. Amin.... Ya Allah:)

LOVE YOU SO MUCH ABG

 
Diperkotak katikan oleh sang isteri hihiihihihi



Wednesday, 15 August 2012

popia gunting + tart nenas raya hihihihihi......


Project raya tahun nie agak banyak lar, so kegigihanku ini harap2nye membuahkan hasil. Belum ada rezeki anak, so Allah datangkan rezeki untuk aku n hubby sambut raya lebih sikit huhuu. alahamdulillah, pape pn tempahan telah ditutup, bukan tak nak buat banyak, tapi takut tak siap hihihii. Agak rumit lar buat kuih tart ni, tapi disebabkan aku suke sangat buat so aku pn mgigihkan diri buat huhuuu. Doakan agar aku selalu sihat dan tabah nak siapkan segala tempahan.


ni yang belum masak
 


close up huhuhu

finishing product

popia nestum

popia sira pedas

Sayu......:(

Assalamualaikum ..........
Pejam celik pejam celik dah nak raya. Rase Ramadhan kali ni aku betul2 tak berkesempatan nak beribadah sepenuhnya. Ini akibat duk mengejar sangat duit raya. Rasa sedih sangat bile tibe2 tersedar dah hujung Ramadhan. Ya Allah, aku sangat lalai Ya allah. Ampunkn diriku Ya Allah. Semoga aku boleh bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ini. Kau teteapkan lah iman ku, ketakwaan ku agar dapat aku terus berpandukn pada suruhan Mu. Sesungguhnya Kau mengetahui segalanya. Jika aku tak berkesempatan bertemu Ramadhan akan datang, ku mohon ampun dan maaf dari semua atas segala kesalahan ku. Halalkan segala yang termakan & terminum. Ya Allah, Kau lah segala-galanya bagiku.