Tuesday 25 December 2012

Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
 
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala
 
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
 
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
 
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
 
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Monday 3 December 2012

8 Tips Untuk Melahirkan Anak Soleh

Assalamualaikum......
Semoga Allah kurniakan kami anak-anak yang soleh & solehah. aminnn......
  
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.
 
Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
 
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
 
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
 
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
 
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
 
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
 
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
 
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Sunday 2 December 2012

oUr BiG dAy CeLeBrAtIoN.......huhuhuhu

Assalamualaikum.....
Rase cepat betul masa berlalu, rase macam baru sangat kami kawin tapi tup2 dah 2tahun huhuhuhu. Setiap hari-hari yang kami lalui sungguh indah dan bermacam2 yang telah kami lalui. Semoga kami diberi ketabahan, kebahagiaan, kesabaran & segala yang terbaik untuk perkahwinan & kehidupan kami dunia dan akhirat. Kami selebrate advance 1 hari huhuhuhu. Thank you so much abg coz sabar melayan kerenah isteri abg yg cerewet ni. sayang syg abg sangat2:) <3
 



 

 
Flowers for me from him:)

TQ & LOVE U SO MUCH MY HEART:)
 



 

 



Tuesday 27 November 2012

Counting.....tHe DaTe

Assalamualaikum...
Ble baca tang tajuk tu cam counting pe jer kan huhuhuuh.. Tapi sebenarnya usia perkahwinan kami dah menjangkau ke 2 tahun. Today 28/11/2012 just around the corner to our anniversary date 3/12/2012. cepatnyer masa berlalu,rase macam baru jer kami kahwin hihiihihi. Oh i miss the moment  get nervous when "akad nikah" nak dijalankan. so nervous kot coz tkut my hubby gugup huhu. Tapi on that time syukur dia lafaz 1x jer & laju mcm keretapi hihihi. Sampai I pn xsdar yang akad tu dah selesai hihihihi

 
The moment of truth.....3/12/2010
 
Sah!!!!

Aku Bersyukur padaMU Ya Allah:)..



 
4/12/2010
 


 
 
 Alhamdulillah & sangat bersyukur dengan limpah kurniaNYA atas segala kebahagiaan, keselesaan, kesihatan,kejayaan, keserasian & segala Rezeki yang Allah beri pada kami & keluarga kami. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan walau kami belum dikurniakan rezeki anak tapi kami yakin yang setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kami & keluarga kami. Semoga perkahwinan yang kami bina akan terus kekal hingga ke Jannah. Amin.... Ya Allah:)

LOVE YOU SO MUCH ABG

 
Diperkotak katikan oleh sang isteri hihiihihihi



Wednesday 15 August 2012

popia gunting + tart nenas raya hihihihihi......


Project raya tahun nie agak banyak lar, so kegigihanku ini harap2nye membuahkan hasil. Belum ada rezeki anak, so Allah datangkan rezeki untuk aku n hubby sambut raya lebih sikit huhuu. alahamdulillah, pape pn tempahan telah ditutup, bukan tak nak buat banyak, tapi takut tak siap hihihii. Agak rumit lar buat kuih tart ni, tapi disebabkan aku suke sangat buat so aku pn mgigihkan diri buat huhuuu. Doakan agar aku selalu sihat dan tabah nak siapkan segala tempahan.


ni yang belum masak
 


close up huhuhu

finishing product

popia nestum

popia sira pedas

Sayu......:(

Assalamualaikum ..........
Pejam celik pejam celik dah nak raya. Rase Ramadhan kali ni aku betul2 tak berkesempatan nak beribadah sepenuhnya. Ini akibat duk mengejar sangat duit raya. Rasa sedih sangat bile tibe2 tersedar dah hujung Ramadhan. Ya Allah, aku sangat lalai Ya allah. Ampunkn diriku Ya Allah. Semoga aku boleh bertemu dengan Ramadhan yang akan datang ini. Kau teteapkan lah iman ku, ketakwaan ku agar dapat aku terus berpandukn pada suruhan Mu. Sesungguhnya Kau mengetahui segalanya. Jika aku tak berkesempatan bertemu Ramadhan akan datang, ku mohon ampun dan maaf dari semua atas segala kesalahan ku. Halalkan segala yang termakan & terminum. Ya Allah, Kau lah segala-galanya bagiku.

Thursday 19 July 2012

Sabarlah Hati......masanya akan tiba:)


Ya Allah, setiap hari-hari mendatang yang ku lalui sungguh membahagiakan. Sesungguhnya hanya Kau yang maha mengetahui apa yang tersirat di hatiku. Kau maha penyayang lagi maha mengasihani, kau tambahkanlh kebahagian, kesejahteraan, keselesaan dan segala yang terbaik buat kami. Aku bermohon padaMu Ya Allah. Sesungguhnya aku redha dengan setiap perancangan yang Kau tetapkan. Kau ampunilah dosa-dosaku kepadamu, dosa-dosa suamiku, kedua ibubapa ku, ahli keluargaku, kawan-kawan ku dan umat islam di dunia ini. Sesungguhnya apa yang tersirat dihatiku hanya Kau yang mampu melaksanakannya samada cepat mahupun lambat. Kaulah segala-galanya Ya Allah.

Tuesday 12 June 2012

26th April 2012 - part 2

As salam, sambungan dari Part 1.
This is what happen to me :(

RETROVERTED UTERUS or RAHIM TERBALIK (bahasa mudah faham)
Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali. Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

 

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya. Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atau vagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:

  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.
So i choose Operation, and it takes about 1 and half hour. After operation they gave me MC for 6 weeks. wow syok kan dengar cuti lama2 hihihi tapi dengan sakitnye lagi memang sangat tak best hihihihi. Ape pun aku tetap bersyukur dan REDHA dengan ketentuan Allah. Cam yang my mum slalu cakap, " dah bahagian ko cmni, REDHA jer". Thanks hubby and my mum coz memang sangat memahami keadaan ku.:)

26th April 2012 - part 1

As Salam, dah lame rasenye tak update blog nie. Bukan lar xde masa or idea just still in recovery session lagi hihihihihi. i try to pujuk my hati to terima segala ketentuan Allah, apepun i REDHA. this is what happen to me RETROVERT UTERUS. mmmm fikir punya fikir, finally we decided to operate and using company insurance ING. Disebabkan ING cover we decide to do the operation kat Tropicana Medical Centre.Tetapi sesuatu telah terjadi last minit ING bagitau yang dieorang xcover. me n my hubby pe lagi, menggelabah ayam la pe lagi. So hari tu juga call my Dr. M and ask her opinion. lastly dia ckp you still can proceed with the operation at Kohilal Medical Centre, Tmn Melawati yang ditanggung sepenuhnya oleh duit simpanan kami and amount yang lebih murah kosnye iaitu rm7k. whattt??????? try call our insurance and dpat tau yang insurance yang kiteorg ada xcover for that operation. so bincang punye bincang buat jugak operation tu guna duit simpanan yang xseberape tuh. so saaaadddd:(. Tapi apa pun yang berlaku terlalu banyak hikmah yang dberi.

So on 26th April 2012 se awal 7 pagi i dah terpacak kat Kohilal tuh, kena puasa dari kul2 pagi. So tido tu mmg dh terus puasa lar smp la operation time. Sampai jer kat sana ingat i dah awal dah, rupanye ada lagi yang dah sampai, seawal jam 6 pagi. Gigih kan sampai kul6 huhuhuuhu....So i jadi orang ke-2 yang akan operation on that day. Sampaijer trus check in, eh cm kat hotel lak kan huhuhu...so trus nurse kat situ suruh tukar baju. Pakai baju hospital hihihihi yang terbelah dibelakang tuh huhu first time dalam hidup tuh pkai. So nurse suh relax, tapi i bantai tido hahahaha. Ngantuk kot bangun awal hihihii.

Ble patient yang 1st dah masuk, all the nurse pun siapkan i plak. takut kot on that time. Rase nak nangis lagi tuh, cam nak cancelkan jer hihihi. first dia msukan cecair dr lubang blah belakang tuh tuk buang segala najis yang ada. Pas je msuk tu dlm 5minit trus g tandas tak benti, asik memerut jer. Pas sejam nurse panggil g bilik menunggu, ingat baring sesaja rupe2nye dia nak msukn tiub urin. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sakit snagat, siap ty dengan nurse tu, "sakit tak nurse? xsakit pun just tarik nafas jer." i pun dengan confidentnye fikir tak sakit, tapi ble dia msukan jer mak aih. sakit kotttttttttttttttttt!!!! siap marah nurse tu lagi hihiiiihhi. Ble dah pasang tiub urin tu lagi susah nak bergerak, so duduk jerla dalam bilik menunggu tuh. Nurse panggil my Hubby, bleh plak dia lari and suruh my mum yang tunggu. cet!!! Dia memang takut dengan segala menda yang berkaitan dengan hospital ni hahahaha.

So xlame pastu 1st patient dah kuar, lagi lar i nervous itik hiiihi. About 15minit after that i dah msuk dalam operation theatre yang sejuk gler tuh. Mengigil jadinyer, masuk2 terus baring and doctor bius pun kenalkan diri. time tu baru tau yang dieorg buat operation on me bius half body je.  So dalam otak fikir dieorg akan msukn bius ikut drip air yang dieorg pasang masa dalam operation theatre tu jer, so ok lar. Ttbe doc suh i mengiring, agk risau lar dengan pe yang dia suruh i buat hihih. Ttbe dia baca doa and cucuk kat tulang belakang ku. oooooooooooooooooohhhhhhhhhh sakitnyer Allah jer tau. Sampai tahap menjerit and doc ckp maybe position u, so tukar position. Duduk and menunduk, to painless the injection. Tapi sama jer kot sakitnyer, sampai i cakap kat doc" i nak cancel lar operation nie, sakit sangat lar doc" sambil air mata berjujuran. Time tu teringat segala adik beradik n yang utama my hubby. wwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Doc terus cakap, mane boleh cancel and dia cucuk jugak and the last injection tu trus dieorg count until 10 and my pinggang ke bawah terus tak rasa. Nangis tetap nangis nih hihiiihi.

Tak lama my doc M pun masuk nad dia explain apa yang dia nak buat. Actually dia dah explain pun apa yang dia akan buat time discussion aritu. so xde la pay attention sangat coz masih dalam keadaan sedih hihiihi. Pastu doc bius bagitau yang dia akan bagi i ubat tidur, so pe lagi time doc M baca doa tu i bleh ikut lagi pastu cam mamai2 jer. Xrase dia buat apa, tapi bleh dengar dia cerita apa, cakap apa, mintak apa. Ohooohhhhh rase nak lari pun ada time tu tapi xboleh bergerak hihii.......so i lupakan lar hasrat nak lari dari operation theatre tuh hihihiii..(ada niat lagikn even kaki dah kebas) .

Sunday 15 April 2012

Takut + Nervous +++++ =?

Hi all, lama dah tak renew entry ni sebab bz sikit uruskan diri sendiri. mmmm just nak bgat there's something will happen to me on Wednesday 256h April 2012. its kind a scary when i think about it, but hope everything goes well and for our future also. mmm doakan supaya segalanya berjalan lancar n dipermudahkan Allah. Seram kotttttt......:(

Monday 2 April 2012

Aku Berserah Ya Allah....

Hai, dah lama rasanya tak update blog ni coz gara-gara kesedihan yang telah melanda. mmm actually tak tau nak cakap ape sebab sedih. Banyak sudah usaha yang telah dilakukan, hanyalah rezeki yang belum tiba. Aku Redha Ya Allah dengan ketentuanMu. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu mempunyai Hikmah yang tersendiri yang kita tak ketahui. Mungkin Kau kurniakan ku rezeki yang lebih baik buat masa ini dan bukan rezeki anak.



Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku sendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik” (Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).
Info Doa: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.

Aminnn........

Wednesday 29 February 2012

- BaNdUnG jOuRnEy - Part 1

Hai all, last month me, my hubby, my SIL & PIL kiteorang g jenjalan kat Bandung. Pegi on 31st Jan 2012 flight 17.15 & sampai kul8.20mlm. Sampai kt LCCT kul 6pm cz takut lambat nak check in luggage, so datang awal. Plan dah lama, so bile dapat tau tiket murah trus book.  


 
 Dah la lapar on that time, coz makan kul12 tengahari sampai ke malam belum makan lagi. Ni la muka lapar dalam flight:( huhuhuhuhu

Landed jer trus g kt imigresen punye lar lambat, tuk sampai kat Imigresen dieorang it takes 1hour. Fuhhhhhhhhhhhh..... berdiri plak tu. punyer lar lame. Sampai rase nak kematu la kaki ni, yang peliknya dieorang siap amik gambar lagi tu, scan jari lar. tu yang lambat tuh. Rase nye if kat Malaysia tak de kot buat camtu or even pegi negara lain huhuh. Mungkin memang sistem dieorang macam tu kot hihi. Pape pn ble amik beg dieorang suh scan beg lagi, adussss dah la penat, lapar lagi . Mengada tau dieorang ni, nasib pegi ngan my PIL, if tak mau meradang aku kat situ huhuuh.. Trus nampak ada orang pegang A4 with my name, so tau dah yang tu supir kiteorang. Dengan sepantas kilat i terus pegi kat dia & g kat kereta. First thing trus nak makan, pe lagi punye fikir nak makan ape, last2 end up makan KFC. Tapau n makan kat hotel. Letih woooo, cam jetleck lak hihih. Berangan hihiih... Hotel yang kiteorang duduk nie memang cantik, hotel guntur bandung. my PIL suka giler so memang puas hati lar ble sampai kat sana.






 First Night sampai n kami sume makan KFC, Bandung mareeeeeeee..................................




Malam tu dah decide esok pagi nak pegi mana, so pe lagi g Pasar Baru lar. Punye la excited malam tu sampai tak leh nak tido huhuuhu.... Enviroment kat Pasar Baru, ni jer gambar yang sempat amik coz sebelum tu busy bershopping huhuhuhu.....
Day 1 at Pasar Baru

muke penat & xlarat coz my mother in law pilih kain pasang tak habis2 hihihihi...kesian adik iparku...
Journey from hotel to Pasar Baru.................
Kesesakan Yang biasa di Bandung

Mereka memang suka berniaga........dimana-mana..



Ko ado jual spare part lampu huhuuh...





Apple made from Bandung


Cendol Bandung

"Jambu Boll" tak tau lak orang negeri lain panggil jambu nie pe huhu











Short form "Pisang Goreng" PISGOR



Memang tak jelas, tapi memang menyayat hati lar coz mengikut supir kami mereka nie hidup gelandangan. Yang mereka tolak itu adalah tempat kediaman mereka aka rumah. so akan berhenti rehat dimana-mana saja. Kesiankn dengan anak-anak yang ramai tapi tak mampu nak ada rumah yang di atas tanah.
 
Pemuzik jalanan, kebanyakan pemuda & pemudi mereka mencari duit dengan meluburkan orang, jadi mereka akan bermain muzik di tepi-tepi jalan raya yang memang sesak dengan mengharapkan simpati dan belas ehsan orang untuk memberi mereka wang. kesian kan.......





to be continue........PART 2..