Tuesday 12 June 2012

26th April 2012 - part 2

As salam, sambungan dari Part 1.
This is what happen to me :(

RETROVERTED UTERUS or RAHIM TERBALIK (bahasa mudah faham)
Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali. Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

 

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya. Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atau vagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:

  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.
So i choose Operation, and it takes about 1 and half hour. After operation they gave me MC for 6 weeks. wow syok kan dengar cuti lama2 hihihi tapi dengan sakitnye lagi memang sangat tak best hihihihi. Ape pun aku tetap bersyukur dan REDHA dengan ketentuan Allah. Cam yang my mum slalu cakap, " dah bahagian ko cmni, REDHA jer". Thanks hubby and my mum coz memang sangat memahami keadaan ku.:)

26th April 2012 - part 1

As Salam, dah lame rasenye tak update blog nie. Bukan lar xde masa or idea just still in recovery session lagi hihihihihi. i try to pujuk my hati to terima segala ketentuan Allah, apepun i REDHA. this is what happen to me RETROVERT UTERUS. mmmm fikir punya fikir, finally we decided to operate and using company insurance ING. Disebabkan ING cover we decide to do the operation kat Tropicana Medical Centre.Tetapi sesuatu telah terjadi last minit ING bagitau yang dieorang xcover. me n my hubby pe lagi, menggelabah ayam la pe lagi. So hari tu juga call my Dr. M and ask her opinion. lastly dia ckp you still can proceed with the operation at Kohilal Medical Centre, Tmn Melawati yang ditanggung sepenuhnya oleh duit simpanan kami and amount yang lebih murah kosnye iaitu rm7k. whattt??????? try call our insurance and dpat tau yang insurance yang kiteorg ada xcover for that operation. so bincang punye bincang buat jugak operation tu guna duit simpanan yang xseberape tuh. so saaaadddd:(. Tapi apa pun yang berlaku terlalu banyak hikmah yang dberi.

So on 26th April 2012 se awal 7 pagi i dah terpacak kat Kohilal tuh, kena puasa dari kul2 pagi. So tido tu mmg dh terus puasa lar smp la operation time. Sampai jer kat sana ingat i dah awal dah, rupanye ada lagi yang dah sampai, seawal jam 6 pagi. Gigih kan sampai kul6 huhuhuuhu....So i jadi orang ke-2 yang akan operation on that day. Sampaijer trus check in, eh cm kat hotel lak kan huhuhu...so trus nurse kat situ suruh tukar baju. Pakai baju hospital hihihihi yang terbelah dibelakang tuh huhu first time dalam hidup tuh pkai. So nurse suh relax, tapi i bantai tido hahahaha. Ngantuk kot bangun awal hihihii.

Ble patient yang 1st dah masuk, all the nurse pun siapkan i plak. takut kot on that time. Rase nak nangis lagi tuh, cam nak cancelkan jer hihihi. first dia msukan cecair dr lubang blah belakang tuh tuk buang segala najis yang ada. Pas je msuk tu dlm 5minit trus g tandas tak benti, asik memerut jer. Pas sejam nurse panggil g bilik menunggu, ingat baring sesaja rupe2nye dia nak msukn tiub urin. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sakit snagat, siap ty dengan nurse tu, "sakit tak nurse? xsakit pun just tarik nafas jer." i pun dengan confidentnye fikir tak sakit, tapi ble dia msukan jer mak aih. sakit kotttttttttttttttttt!!!! siap marah nurse tu lagi hihiiiihhi. Ble dah pasang tiub urin tu lagi susah nak bergerak, so duduk jerla dalam bilik menunggu tuh. Nurse panggil my Hubby, bleh plak dia lari and suruh my mum yang tunggu. cet!!! Dia memang takut dengan segala menda yang berkaitan dengan hospital ni hahahaha.

So xlame pastu 1st patient dah kuar, lagi lar i nervous itik hiiihi. About 15minit after that i dah msuk dalam operation theatre yang sejuk gler tuh. Mengigil jadinyer, masuk2 terus baring and doctor bius pun kenalkan diri. time tu baru tau yang dieorg buat operation on me bius half body je.  So dalam otak fikir dieorg akan msukn bius ikut drip air yang dieorg pasang masa dalam operation theatre tu jer, so ok lar. Ttbe doc suh i mengiring, agk risau lar dengan pe yang dia suruh i buat hihih. Ttbe dia baca doa and cucuk kat tulang belakang ku. oooooooooooooooooohhhhhhhhhh sakitnyer Allah jer tau. Sampai tahap menjerit and doc ckp maybe position u, so tukar position. Duduk and menunduk, to painless the injection. Tapi sama jer kot sakitnyer, sampai i cakap kat doc" i nak cancel lar operation nie, sakit sangat lar doc" sambil air mata berjujuran. Time tu teringat segala adik beradik n yang utama my hubby. wwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Doc terus cakap, mane boleh cancel and dia cucuk jugak and the last injection tu trus dieorg count until 10 and my pinggang ke bawah terus tak rasa. Nangis tetap nangis nih hihiiihi.

Tak lama my doc M pun masuk nad dia explain apa yang dia nak buat. Actually dia dah explain pun apa yang dia akan buat time discussion aritu. so xde la pay attention sangat coz masih dalam keadaan sedih hihiihi. Pastu doc bius bagitau yang dia akan bagi i ubat tidur, so pe lagi time doc M baca doa tu i bleh ikut lagi pastu cam mamai2 jer. Xrase dia buat apa, tapi bleh dengar dia cerita apa, cakap apa, mintak apa. Ohooohhhhh rase nak lari pun ada time tu tapi xboleh bergerak hihii.......so i lupakan lar hasrat nak lari dari operation theatre tuh hihihiii..(ada niat lagikn even kaki dah kebas) .